Kedai Kraf &
Cenderamata
Tandas

Ruang sini pernah menjadi dapur bersama untuk para penghuni 22 Hale Street. Dinding dan struktur asal disimpan semasa projek baikpulih. Jika anda mendongak ke atas siling, anda boleh melihat tiang-tiang kayu yang menjadi hitam disebabkan oleh asap arang kayu. Tiang-tiang kayu ini sahajalah yang tinggal berasal dari bangunan ini yang tidak makan anai-anai.
Tandas ini memenangi tempat pertama Pertandingan Tandas Bersih dalam kategori Tempat Makan/Restoran dalam tahun 2019. Ia menjadi tempat popluar mengambil selfie dan penggambaran pengantin juga.
Tangga Kedai Cenderamata

Ini adalah tangga asal 22 Hale Street. Menurut cerita seorang bekas penghuni, setiap penghuni diberikan satu anak tangga di mana mereka boleh meletak dan menyusun kasut-kasut mereka.
Kedai Kraf dan Hadiah

Ruangan ini pernah menjadi tempat meletak basikal kepada penonton pawagam Sun yang pernah terletak di belakang bangunan ini. Kemudiannya, ia menjadi bengkel membuat papan tanda.
Sebelum anda beredar, jangan lupa menjamu mata akan produk-produk kraf di kedai ini dan bawalah pulang barangan dan penerbitan eksklusif. Ada juga dipamerkan produk-produk kreatif dan hasil kraf tempatan dan perusahaan sosial /social enterprise yang mana 22 Hale Street menjadi pendokong.
Terima kasih sekali lagi bersama kami dalam lawatan berpandu audio ini. Kami amat menghargainya jika anda sudi membuat ulasan tentang kami di TripAdvisor dan platform social media. Berkongsilah tempat ini dengan rakan-rakan dan keluarga anda.
Kami ucapkan selamat perjalanan kepada anda.
