Ipoh sekitar 1950an /
Hotel Kam Kong
Laluan Hotel Kam Kong
Laluan ini digunakan oleh ramai tetamu di Hotel Kam Hong untuk ke bilik-bilik mereka dari lobi di paras bawah.
Ipoh di Sekitar 1950an

Selamat datang ke Ipoh di tahun 1950an. Pada awal kurun ke-20, Ipoh menjadi pusat berlibur Lembah Kinta. Gadis-gadis dan glamor, keseronokan dan fesyen – semuanya tertumpu di Ipoh. Orang ramai dari bandar-bandar berhampiran datang ke Ipoh untuk mendapatkan barangan import, panggung wayang, dan tempat hiburan.
Sundry Shop

Sebelum adanya Tesco dan Aeon, wujudnya kedai-kedai runcit. Inilah tempat untuk mendapatkan bahan-bahan kering untuk memasak, makanan jajan, minyak angin, kayu arang, apa-apa sahaja. Ada kalanya, pemilik kedai akan bantu menghantar barang belian yang berat ke rumah pembeli atau menyedia kemudahan membeli barangan dengan hutang.
Kedai runcit menjadi tempat tarikan kepada kanak-kanak kerana adanya juga barang mainan yang murah. Di zaman di mana jarangnya terdapat kemudahan peti sejuk di rumah, di sinilah tempat untuk mendapatkan ais batu. Kanak-kanak begitu seronok sekali bila mereka mendapat serpihan-serpihan ais batu ini.
Penjaja Jalanan

The Great Depression atau Zaman Meleset pada 1930an banyak mempengaruhi industri perlombongan bijih timah di Ipoh. Ramai kehilangan kerja dan terpaksa mencari nafkah dengan berjaja. Oleh sebab itulah, Ipoh mempunyai budaya makanan penjaja jalanan yang terkenal hari ini.
Lewat 1930an, puluhan ribu penjaja berlesen dan tidak berlesen beroperasi di jalan-jalan di Malaya. Mereka membawa jualan mereka dalam bakul-bakul yang dikandar di atas bahu dengan kayu kandar atau menggunakan kereta sorong atau basikal. Pelanggan akan duduk di atas bangku berkaki pendek di tepi jalan sambil menikmati kuay teow goreng, mee daging, rojak dan nasi kandar. Sebilangan penjaja ini berniaga di waktu malam atau menunggu pelanggan selepas persembahan-persembahan di panggung atau kabaret.
Dalam usaha majlis bandaran menjaga kebersihan awam, pusat-pusat penjaja diperkenalkan sekitar tahun 1960an untuk menggurangkan bilangan penjaja jalanan.
Studio Gambar

Sebelum adanya telefon dan kamera peribadi, studio gambar merupakan tempat orang ramai mendapatkan gambar mereka. Beberapa studio gambar menjadi tumpuan di Ipoh seperti Modern, Kok Kin, Ngan Sing dan Chan Sam Lock. Sedihnya, dengan kemajuan telefon pintar, kebanyakan kedai gambar atau studio gambar terpaksa menggulung tikar.
Mikasa adalah studio foto di Jalan Belfield dalam tahun 1911. Di studio inilah Masaji Fukabori, pengintip Jepun beroperasi selama 3 bulan. Beliau telah secara sembunyi menghantar gambar-gambar risikan tentang Malaya kepada tentera Jepun.
Hotel Kam Kong

Nombor 24 Hale Street yang asalnya adalah Hotel Kam Kong juga dikenali sebagai Hotel Kam Lun Thye. Ia mempunyai 7 buah bilik besar dan adalah hotel terakhir beroperasi di jalan ini sebelum ditutup pada 2008. Anda boleh merasakan gaya bilik hotel di sini dengan gaya 1950an di 2 buah bilik asal di sini. Swing doors atau pintu berayun boleh memberikan tetamu hotel privasi dan pada masa yang sama peredaran udara dengan penggunaan dawai kasa di dinding.
Rediffusion

Stesen penyiaran swasta in Semenanjung Malaysia bermula selepas Perang Dunia Kedua dengan sistem radio komersial, Rediffusion. Ianya sebuah perbadanan yang ditubuhkan di England pada 1928, dan membuat siaran ke tempat-tempat di mana capaian signal adalah lemah. Pada tahun 1948, Rediffusion sampai ke tanah Malaya bermula dari Singapura, kemudiannya Kuala Lumpur, dan selepas itu Ipoh dan Pulau Pinang. Set radio adalah mahal ketika itu tetapi Rediffusion adalah berpatutan dengan bayaran $5 sebulan. Pada permulaannya, rancangan-rancangan dari BBC dan Radio Malaya disiarkan, tetapi kemudiannya rancangan dalam dialek Cina mula menjadi popular. Set Radio Rediffusion biasa dilihat di kedai-kedai kopi dan radio ini dipasangkan sepanjang masa. Di ketika tertentu, orang ramai akan berkumpul untuk mendengar cerita-cerita menarik yang dibacakan oleh Lee Dai Sor dan Ong Toh.
Dengan ketibaan televisyen sekitar 1960an mulanya penurunan populariti Rediffusion.
Ipoh – Pusat Liburan Lembah Kinta

Kuli-kuli lombong dan orang ramai dari pekan-pekan berhampiran tertarik dengan kehidupan malam di Ipoh. Panggung-panggung wayang, kabaret, pusat hiburan, kedai-kedai kain dan gedung beli-belah ada merata-rata di bandar ini. Pusat hiburan Ipoh yang paling dikenali adalah Jubilee Park yang dikendalikan oleh Shaw Brothers. Terdapat panggung, cabaret, opera bangsawan Melayu dan juga perlawanan tinju. Penari Ronggeng atau ‘taxi girls’ juga popular dengan pengunjung lelaki. Satu tarikan persembahan yang menjadi sebutan ketika itu adalah persembahan ‘striptease’ / tarian bogel oleh Rose Chan. Di Ipoh ada juga 10 buah pawagam pada satu ketika. Pawagam Sun yang terletak di belakang 22 Hale Street boleh menampung hingga 3,000 penonton. Malangnya, pawagam ini dirobokan selepas berlaku satu kebakaran.
